Sunday, November 16, 2008

Teori Nietzsche

Klu nk tau beliau ni adalah ahli falsafah moden dan sebagaimana sy blajar beliau telah menghasilkan 2 teori iaitu :

1. Penghinaan terhadap wanita.

beliau mengatakan bahawa wanita ni blumlayak lagi untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki kerana wanita ni ibarat kucing atau burung atau sebaik2nya seperti lembu. lelaki plak perlu dilatih menjadi pahlawan dan wanita hanyalah sebagai penghibur kepada lelaki.

walaupun beliau benci kepada wanita tetapi beliau juga mengatakan bahawa wanita ni perlu dibelai dengan lembut, manja sebagaimana dari kanyangan. kelembutan dapat dicapai sekiranya wanita ni boleh dikawal oleh lelaki dan sekiranya wanita ini bebas maka akan hilang kelembutan tersebut.

sebab beliau benci terhadap wanita ni kerana beliau pernah kecewa apabila menjalinkan hubungan dengan wanita. mungkin beliau putus cinta kot. hanya sorang je yang beliau percaya kepada wanita iaitu adiknya.


2. Penolakan terhadap agama.

beliau menafikan kebenaran dogma kristian yang tunduk kepada tuhan. beliau mengatakan orang yang bermaruah tinggi tidak sepatutnya tuntu pada perintah tuhan. beliau ni tidak berminat terhadap agama dan tidak percaya ada agama yang benar. beliau hanya membenarkan agama ni hanya dari segi sosial sahaja. kepatuhan hanyalah kpd manusia sahaja dan bukan pada tuhan.

segala yang agama kata baik adalah ditentang oleh beliau. apa yang baik bagi agama adalah buruk baginya dan apa yang buruk bagi agama adalah baik baginya.

0 comments:

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP